Senarai laksamana armada Senarai_Laksamana_Armada_(Thailand)

No.ImejNamaHayatTarikh pelantikanNotaRuj
1Putera Bhanurangsi Savangwongse1859–19281913Adinda Raja Chualongkorn. Memegang jawatan Ketua Jabatan Operasi Bersama. Juga menjadi Fil Marsyal Siam pada 1910.[1] Sebelum itu memegang pangkat Jeneral dalam tentera darat.[2][3]
2Putera Paribatra Sukhumbandhu,
Prince Nakhon Sawan
1881–19441917Saudara tiri Raja Vajiravudh. Bertugas sebagai Menteri Tentera Laut (1903–1920) dan Menteri Dalam Negeri. Juga menerima pangkat Fil Marsyal pada tahun yang sama. Sebelum itu memegang pangkat laksamana dalam tentera laut.[4][5]
3Plaek Phibunsongkhram1897–19641941Perdana Menteri Thailand (1938–1944 dan dari 1948–1957). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada tahun yang sama. Popular dikenali sebagai Chom Phon Por (Fil Marsyal Por). Sebelum itu memegang pangkat mejar jeneral dalam tentera darat.[6][7]
4Luang Yuthasart Kosol
(Prayoon Yuthasastrkosol)
1905–19751956Timbalan Perdana Menteri Thailand (1957). Memegang jawatan Panglima Tentera Laut Diraja Thai dari 1951–1957. Juga berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dan Koperasi dan sebagai Menteri Kebudayaan dibawah PM Plaek Phibunsongkhram.[8]
5Sarit Thanarat1908–19631959Perdana Menteri Thailand (1958–1963). Menjawat jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Menerima pangkat Fil Marsyal pada 1956. Kemudian juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada 1959.[8] Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat, laksamana dalam tentera laut dan ketua marsyal udara dalam tentera udara.[9][10][11]
6Thanom Kittikachorn1911–20041964Perdana Menteri Thailand (Januari hingga October 1958 dan dari 1963–1973). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat.[12][13]
7Praphas Charusathien1912–19971973Timbalan Perdana Menteri Thailand (1958–1958). Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Menyandang jawatan Panglima Tentera Darat Diraja Thai|. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat.[14][15]
8Permaisuri Bonda Sirikit1932–kini1992Permaisuri Raja Bhumibol Adulyadej. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Mungkin satu-satunya wanita dalam sejarah yang mencapai pangkat tersebut.[16]
9Putera Mahidol Adulyadej,
Putera Songkhla
1892–19291998Dikurniakan selepas mati oleh Titah Diraja. Ayahanda Raja Ananda Mahidol dan Raja Bhumibol Adulyadej. Lulusan dari Akademi Tentera Laut Imperial Jerman di Flensburg-Mürwik. Ditauliahkan pada 1912, Putera tersebut meletakkan jawatan dari tentera laut pada 1914 untuk mengejar kerjaya doktor. Sebelum itu memegang pangkat Kepten dalam tentera laut.[17]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_Laksamana_Armada_(Thailand) http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2456/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2460/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2484/A/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2498/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2499/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2502/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2507/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2516/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2535/D/...